Friday, 19 April 2013

CONTOH PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PRASEKOLAH

KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI DALAMAN

 Tajuk : Program Kenal, Ingat,
Sebut dan Baca

Tarikh  :  September hingga November
Masa : 15 minit setiap hari
Tempat : Kelas Pra An – Nur

PROJEK KHAS

PROGRAM INOVASI DALAMAN


Tajuk : Program kenal, ingat dan sebut
Tarikh : September Hingga November
Masa : 15 minit setiap hari
Tempat : Kelas Pra An-Nur


Rasional.
 Program ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan secara
terperinci tentang bunyi dan bentuk huruf seterusnya dapat membaca
suku kata, perkataan dan ayat mudah.

Matlamat.
1. Memberi bimbingan berterusan kepada pelajar lemah dan kurang
mengenal huruf.
2. Menaik dan meningkatkan  minat pelajar untuk mengenal huruf
dan membaca.
3. Meninggalkan kesan yang mendalam. Supaya pelajar dapat
mengingati setiap apa yang diajar.

Objektif.
1. Program ini diharapkan dapat membolehkan pelajar dapat
membaca sebelum masuk ke Tahun 1.
2. Mendorong pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk
membaca.
3. Menarik perhatian pelajar untuk membaca.
Kumpulan Sasaran.
 Pelajar yang belum mengenal huruf dan pelajar yang tidak dapat
membaca suku kata.Antaranya : -

1. Umi Balqis                                 2. Intan                                      3. Atiqah
4. Muaamar                                 5. Elias                                        6. Yusuf


Perlaksanaan.
 Program dijalankan selama 10 minit sebelum bermula pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. :-

Cara dijalankan :
1. Mengecam huruf dan bunyi.
 Huruf di bentuk dengan plastisin
 Huruf ditulus di atas pasir
 Huruf dicat di atas kertas lukisan
 Huruf dibentuk dengan tali dan lidi.
 Huruf dibentuk dengan tubuh badan.

2. Mengecam bentuk huruf kecil dan besar.:
 Pilih huruf kecil didalam sebuah kotak yang dicampur
dengan huruf besar. ( sebaliknya )
 Menulis huruf besar/kecil yang disebut oleh guru.

3. Membunyikan huruf vocal : -
 Lagu pak mamat ada kebun
 
4. Mengecam dan membunyikan huruf konsonan.
5. Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan vokal.
6. Mencantum dua suku kata terbuka ( vkv )
 Cth: bu + ku    buku
7. Membaca suku kata terbuka ( vkv )
 Cth : ibu ( guna kad cantuman )
8. Membaca suku kata tertutup ( kvk )
 Cth : bas, pen, jam ( permainan huruf yang dicantum )
9. Membaca dua suku kata.
a) ( kv + kvk )  cth : pokok
b) ( kvk + kv )  cth : lampu
c) ( kvk + kvk )  cth : pensel
10. Latih tubi membaca

Rumusan.
Diharapkan program ini dapat membantu pelajar yang amat lemah
dalam perkembangan Bahasa dan Komunikasi yang amat penting untuk
meneruskan pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu 2006 nanti.

Monday, 15 April 2013

BBM - KAD SUKU KATA KV

BAHAN BACAAN SUKUKATA KV.... Hari ni ada lg bahan yg nk dikongsi..kali ni bahan bacaan. u olls bleh print, potong then laminitkn...tahan le lame cket. jgn lupa tinggalkn komen korang ye..

Sunday, 14 April 2013

BBM - Lembaran Kerja Awal Tahun

 Lembaran Kerja Awal Tahun

Hi, Assalamualaikum,
Mlm ni i nk kongsi 1 bhn yg dh lama i buat..skrg ni dh mula berjinak-jinak ngan dunia blog..so i amik kesempatan berkongsi bahan yg i buat..so sorry klw bahan i x menarik...but klw u olls rase bleh pakai sila la ye..i bg free je..and jgn lupa klw da amik tinggal la komen ye.Thanks!












Wednesday, 10 April 2013

Senaman Arigatoo

Sebenarnye I pun nk tergelak dengan title yg I bagi... xfaham pn lagu ni..tapi menarik utk dikongsi dengan cikgu-cikgu semua :)....ini I dapat semasa berkursus Bahasa Inggeris di SP taun lepas..best klw buat ngan budak2.jgn cikgunye plak yg lebih2 ye :)


Saturday, 6 April 2013

SALAM 1MALAYSIA

 Cikgu lupa snap gambar semasa proses pembikinan kain rentang 1 Malaysia ni...kn pe tension sgt kot...murid warna salah line la..loteh den..nasib baik nmpak ok je kn..come2 ank2 den ni kn..